Sunday, January 17, 2010

WARTA DESA SALURAN KOMUNIKASI KKLW...

Timbalan Ketua Pengarah MARA Dato' Otman Ahmad adalah antara pegawai kanan Kementerian yang meneliti Warta Desa selepas Mesyuarat Pengurusan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Dato' Haji Mohd Nasir Baba tekun meneliti Warta Desa keluaran Disember 2009

Selain daripada blog KampungKu, Unit Komunikasi Korporat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga mempunyai media tradisional untuk tujuan promosi dan publisiti segala aktiviti dan kegiatan Kementerian, dalam bentuk sisipan bertajuk Warta Desa yang diterbitkan sebulan sekali.

Namun begitu, sasaran spesifik warta ini adalah warga Sabah dan Sarawak yang menjadi antara fokus khusus pelbagai program pembangunan di bawah kerangka Bidang Keberhasilan Utama Nasional atau NKRA.

Warta ini yang mempunyai 16 halaman setiap terbitan dikendalikan oleh Utusan Borneo yang berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah. Syarikat media itu mengkhususkan Encik Koh Kian Leong untuk liputan berita dan berita bergambar.

Sehingga kini Warta Desa merupakan terbitan yang popular di Kementerian.

1 comment:

  1. Tahniah kerana unit UKK, KKLW dapat menyediakan blog ini untuk kami warga agensi mendapat berita yang terkini. Satu wadah yang cemerlang untuk KKLW terus gemilang.

    ReplyDelete