Sunday, December 6, 2009

ETIKA PAKAIAN DI PARLIMEN


Saya ke Dewan Rakyat hari ini dan agak terkejut dengan kelonggaran mengenai etika berpakaian di Bangunan Parlimen.

Terlihat beberapa orang pelawat yang berpakaian aala kadar yang dibenarkan masuk, malahan seorang individu itu bebas keluar masuk ke lobi dengan jeans hitam, berkasut sukan berwarna putih dan berjaket sementara rakannya berkasut sukan dan berjaket.

Ada juga kelihatan wanita yang pakaiannya sudah tentu tidak akan dibenarkan masuk ke bangunan-bangunan kerajaan kerana singkat dan kelihatan tidak sopan.

Apakah sudah dilonggarkan etika pakaian ataupun ini merupakan kes terlepas pandang?

Masakan para pengawal Bangunan Parlimen boleh terlepas pandang kerana seseorang pelawat itu perlu melalui dua tahap pemeriksaan keselamatan? Ada pulak mesin pengimbas yang ditempatkan dua atau tiga orang pengawal?

Semasa bertugas sebagai wartawan Bernama membuat liputan Parlimen di era 1990an, semua petugas dan pelawat adalah tertakluk kepada peraturan yang agak ketat dan rigid mengenai pemakaian semasa berada di Parlimen.

Dan ada dua tiga wartawan yang saya terpandang tadi tidak mematuhi etika pakaian akan tetapi sibuk bertugas di kawasan lobi.

Mungkin para petugas dan warga Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah TIDAK tergolong dalam kategori “tidak tahu berpakaian semasa di Parlimen”, Alhamdulillahh.

No comments:

Post a Comment