Saturday, November 28, 2009

Satu Perkara Baru Berlaku - VC


DIMENSI BARU DI KKLW.... Mesyuarat Pengurusan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) diadakan menerusi konferens video atau video conferencing.... Semua ketua agensi lembaga wilayah KEDA, KEJORA, KESEDAR dan KETENGAH berada di pejabat masing-masing untuk bersama-sama bermesyuarat dengan pengurusan tertinggi KKLW di Bilik Persidangan di Aras 9, KKLW... Inilah hasilnya apabila kita terima pembaharuan....

Terima kasih kepada YB Dato' Seri Menteri kerana meluluskan.... dan tahniah kepada Y.Bhg Dato KSU kerana menjadi pengerusi mesyuarat yang pertama menggunakannya... satu pembaharuan untuk Kementerian kita.

Kata pepatah kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya... tapi kita tidaklah selalu perlu menunggu Pak Menteri untuk pecahkan ruyung kan? Kita juga boleh buat inovasi.... tapi perlukan kos.... sebabnya takde yang percuma dalam dunia ni laksana no free lunch.... dunia sekarang dunia sudah canggih.... kita perlu ingat tanggungan kos yang terbabit...

Dalam dunia sekarang ni, menggalakan kita untuk bergerak melangkah ke hadapan dan terus ke hadapan.... kadang kala kita ni dah selangkah ke hadapan... tapi ada pula perkara-perkara tertentu yang buat kita terpaksa undur dua langkah ke belakang.... jadi bila kita nak ke hadapan.... namun tidak apa, kadangkala kita perlu ambil selangkah ke belakang untuk mengambil dua langkah ke hadapan...

Kalau kita gerak ke hadapan.... kualiti perkhidmatan kita akan semakin baik sebab tu lah barang-barang sekeliling kita semakin canggih dan semakin memudahkan.... orang sekarang tak ada masa.... sedangkan masa tu emas.... kemudahan2 beginilah yg menjimatkan masa kita....

Jadi terokailah dunia penghubung yang paling mudah ada depan kita.... semua maklumat ada dalam internet.... tapi agak terhad penerokaan maya di KKLW ni.... mungkin KKLW perlu membuka semula akses kepada aplikasi-aplikasi tertentu yang ditutup selama ini, semuanya untuk kemajuan.

Mari sama-sama kita terokai dunia teknologi untuk lebih maju ke hadapan.... bayangkan kalau xde org tebas @ teroka hutan-hutan di Malaysia ni .....

Berbalik kepada VC tadi.... Faedah untuk jangka panjang amatlah berbaloi... jimat kos untuk pengangkutan, kos untuk tuntutan dan paling utama MASA.... masa untuk perjalanan sebelum ni boleh digunakan untuk laksanakan tugas di pejabat.... dan ada lebih masa untuk keluarga....

KampungKu harap kemudahan VC ni dimanfaatkan sepenuhnya selain untuk bermesyuarat sebab banyak faedah yang akan kita dapat jika kita terokai fungsinya betul-betul....