Monday, December 21, 2009

BAK KUT TEH HALAL? TIDAK BOLEH MACAM NI...


Penggunaan istilah bak kut teh halal boleh mengelirukan umat Islam di samping bertentangan hukum syarak kerana bercanggah dengan kaedah fiqah yang ditetapkan oleh Islam.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) Lokman Abdul Rahman berkata, bak kut teh tidak boleh dianggap halal kerana ia masih mengekalkan penggunaan nama yang haram mengikut hukum Islam.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, makanan itu tidak akan mendapat sijil halal berdasarkan prosedur yang ditetapkan oleh Jakim.

"Walaupun mereka mungkin akan membuat permohonan, Jakim tidak akan meluluskan makanan bak kut teh halal itu kerana sudah jelas ia tidak mengikut hukum yang telah ditetapkan di dalam Islam.

"Jakim bimbang masyarakat Islam akan salah faham dengan membuat tanggapan bahawa makanan itu sudah halal dimakan jika Jakim memberi pengiktirafan halal," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengenalan bak kut teh halal kepada para pengunjung Karnival Makanan Malaysia 1Malaysia yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin.

Makanan bak kut teh halal itu mengulangi kontroversi yang sama dengan pengenalan 'bir halal' minuman malt tanpa alkohol yang dikenali sebagai Istak di Pameran Halal Antarabangsa 2009 (Mihas 2009) pada 7 Mei lalu.

Berita ini dipetik daripada Utusan Malaysia, 22 Disember 2009.

KampungKu berpendapat ini adalah satu lagi strategi untuk mengurangkan rasa jijik umat Islam kepada benda-benda yang sememangnya haram pada hukum. Nama itu (yang tidak akan diulang sebut di sini) membawa maksud "sup tulang rusuk babi".

Justeru, tiada nama atau istilah berbunyi Melayu yang boleh atau layak dipilih. Hukum syarak sudah tidak dapat menerima, apatah lagi hukum logik akal fikiran.

KampungKu mengharapkan Umat Islam sedar akan perkembangan ini, yang semestinya tidak sihat dan patut didedahkan untuk kepentingan bersama.



2 comments:

  1. Elok kita makan aje sup "Gearbox" yang sudah pasti dari kepala lutut lembu bukannya sup Bak Kut Teh dari kepala bxxi.

    ReplyDelete
  2. Ya...betul tu Pak Nik...
    Sup gear box memang halal dan tidak diragui. Dulunya terdapat lokasi sup gear box yang best di sebuah persinggahan sebelum pekan Lanchang dalam perjalanan ke Kuantan.

    Sekarang sudah tiada di situ. Susah nak cari dah lokasi yang baek punya...

    Terima kasih....

    ReplyDelete