Friday, November 20, 2009

PERLUKAH JENAMA UNTUK KEMENTERIAN???


Apa pentingnya jenama untuk perkhidmatan Kerajaan???

Contohnya Nur untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pertanian Adalah Perniagaan untuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Mungkin masing-masing mempunyai pendapat sendiri... tapi pendapat yang ada menyatakan ia dah tentu dengan tujuan untuk mendapatkan perhatian orang ramai tentang peranan yang dijalankan oleh Kementerian untuk rakyat.... macamana tu?...

Dengan cara memperkenalkan satu jenama yang menjadi sebutan orang ramai.... cara ni sedikit sebanyak mendorong orang ramai ingin mengetahui lebih lanjut dengan soalan 'apa benda tu?' atau "amende?" Hah.... masa itulah kita membuka mulut bercerita lebih panjang lebar tentang Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.... inilah peranan yang wajar dimainkan oleh semua pihak yang berada di bawah naungan Kementerian ini....

Jenama ini perlu dipromosikan dengan sehebat-hebatnya supaya setiap deria manusia dapat menerima maklumat yang sama dengan kekerapan yang tinggi.... misalnya sering dilihat di iklan TV, billboard di jalan raya, sering mendengar menerusi radio, sertai program-program penjenamaan berkenaan..... hidupkan semula semangat ingin majukan diri sendiri orang-orang kampung demi untuk memajukan juga satu komuniti....

Selama ini Kementerian kita bukan duduk bersahaja goyang kaki.... masyarakat tidak begitu nampak apa yang kita buat kerana kementerian sering mahukan low profile dan biarkan agensi tertentu yang dijulang....

Hakikatnya.... orang-orang kampung yang ada di bandar sekarang ni masih duduk di kampung lagi lah jika tidak dapat pembangunan kampung yang kerajaan berikan sejak 50 tahun dahulu.... Jadi siapa manfaatkan pembangunan yang diberikan maka dia akan dapat hasilnya..... dulu takde elektrik sekarang dah ada, dulu takde jalan dalam kampung sekarang dah ada....

Adakah mereka tahu siapa yang rancang... siapa yang mohon... siapa yang buat kertas untuk mohon kelulusan.... siapa yang luluskan.... siapa pula yang laksanakan.... semuanya untuk mereka gunakan.....

Jadi sokonglah setiap idea program yang diberikan.... dan "pukul kompang" untuk bagitau orang ramai bahawa Kementerian kami dah lakukan ini dan itu.... tapi setiap pelaksanaan tentu ada halangan.... halangan tu boleh dibuang jika semua orang benar-benar fokus untuk manfaat rakyat.... tapi jika halangan tu untuk diri sendiri itu yang menjadi kelewatan....

Sebenarnya tanpa kita sedar Kementerian sudah lama membantu negara.... menggerakkan jentera ekonomi negara menerusi perkhidmatan promosi oleh syarikat swasta yang kebanyakkan datang dari kampung.... ish ish ish jauh nya berfikir.... kita bantu juga kurang jurang kemiskinan.... dah berpuluh malahan ratusan buah rumah Kementerian sudah bina, ratusan kilometer batang jalan sudah Kementerian buat, salurkan elektrik dan air ke ratusan keluarga untuk memberi harapan baru dan pelbagai...

Harap setiap apa yang kita lakukan objektifnya adalah didahulukan untuk rakyat... Kementerian hanya sebagai pemangkin kepada pencapaian yang diutamakan.... jadi sokonglah apa yang kita nak buat dan pastikan dengan sokongan itu matlamat kita tercapai....

Pendapat anda amatlah dialu-alukan.

4 comments:

  1. "Ah...bukan payah nak war-warkan KKLW, pokoknya tepuk dada tanya selera. Tak perlu banyak belanja, tak perlu banyak cakap. Buat kerja ikut tanggung jawab masing-masing, apa yang kita hendak pasti menjadi. Kenapa kita perlu meniru cara penjenamaan orang lain, tak adakah cara unik yang kita boleh tonjolkan kepada masyarakat umum siapa dan apa petingnya KKLW. Cara yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain. Kenapa harus kita mencari satu trade mark yang kita tidak pasti ianya akan menonjolkan KKLW".

    Kata-kata di atas adalah merupakan satu provokasi untuk kita renung bersama.

    Dan provokasi di atas juga bukannya nak menentang cadangan untuk menjenamakan KKLW. Niat baik patut disokong. Cuma kalau boleh kita jangan meniru.

    Marilah kita renung-renungkan bersama dan bantu membantu memikirkan cara terbaik untuk meng "glokal" kan KKLW.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. i have no comment obout your post...but your 're fogeting something you should know...branding it's a good thing...but because some times people like you that i think with a 'gomen' attitude make the malaysia goverment look very dry at PR...ermmm may be you should visit this web site to shift your thingking about branding
    http://www.leoburnett.com

    ReplyDelete
  3. Salah satu sikap kita ialah tidak berani mencuba tak mcm org cakap "Get Rich or Die Trying". Branding penting sbb orang akan kenal dan curious nk tahu lebih lanjut. Thus akan memberi peluang dan ruang utk promote.

    Masalah utama adalah kita seronok "lena diulit intan comfot zone" hingga tak nak kuar mcm katak bwh tempurung. Tun Dr Mahathir sentiasa berfikir selain drp kebiasaan, ke arah mase dpn (lateral thinking), jgn buat bende same je..buat inovasi.. reinventing products barulah org akn respek.
    Agensi awam terlalu ketinggalan dalam promosi khidmat dan produk diorang xmcm swasta. Mayb gomen hanya tlibat dlm services dan bukannye products sale, so org pikir xpyh promosi.
    Abis tu kalau xpromosi@bagitau org ramai, adakah mereka akan tau..
    adakah sume org punyai pengetahuan dan akses yg sama cam org terpelajar/berjawatan utk berurusan di pejabat gomen...
    Adakh buruh kampung tua di kg kueng merah, jln rantau panjang punye pemikiran dan akses yg sama cam pegawai...
    Senario seorang pakcik tua yg ingin berurusan di pejabat gomen pasti lebih sukar bbanding mereka yang tlibat dlm bidang profesional...so gomen kna maklumkn apa khidmat diorang, xle pakcik tu tkapai-kapai sesat di jabatan yg salah...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih di atas pandangan-pandangan di atas. Kami sedang menimbang pros and cons mengenai topik kita ini.

    There's always the flip side of the coin, i shall say. Both good and bad but never irrelevant.

    Our ministry is on the verge of showing its face, after 50 years on..we need to have a face, a fresh face to face our audience...our audience must see our face and the face must be lookable and seeable.

    Biar apa pun pandangan yang diberikan...kami di Unit Komunikasi Korporat mengalu-alukannya. Inilah yang dikatakan two-way commmunication..

    Thks...

    ReplyDelete