Saturday, November 28, 2009

Satu Perkara Baru Berlaku - VC


DIMENSI BARU DI KKLW.... Mesyuarat Pengurusan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) diadakan menerusi konferens video atau video conferencing.... Semua ketua agensi lembaga wilayah KEDA, KEJORA, KESEDAR dan KETENGAH berada di pejabat masing-masing untuk bersama-sama bermesyuarat dengan pengurusan tertinggi KKLW di Bilik Persidangan di Aras 9, KKLW... Inilah hasilnya apabila kita terima pembaharuan....

Terima kasih kepada YB Dato' Seri Menteri kerana meluluskan.... dan tahniah kepada Y.Bhg Dato KSU kerana menjadi pengerusi mesyuarat yang pertama menggunakannya... satu pembaharuan untuk Kementerian kita.

Kata pepatah kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya... tapi kita tidaklah selalu perlu menunggu Pak Menteri untuk pecahkan ruyung kan? Kita juga boleh buat inovasi.... tapi perlukan kos.... sebabnya takde yang percuma dalam dunia ni laksana no free lunch.... dunia sekarang dunia sudah canggih.... kita perlu ingat tanggungan kos yang terbabit...

Dalam dunia sekarang ni, menggalakan kita untuk bergerak melangkah ke hadapan dan terus ke hadapan.... kadang kala kita ni dah selangkah ke hadapan... tapi ada pula perkara-perkara tertentu yang buat kita terpaksa undur dua langkah ke belakang.... jadi bila kita nak ke hadapan.... namun tidak apa, kadangkala kita perlu ambil selangkah ke belakang untuk mengambil dua langkah ke hadapan...

Kalau kita gerak ke hadapan.... kualiti perkhidmatan kita akan semakin baik sebab tu lah barang-barang sekeliling kita semakin canggih dan semakin memudahkan.... orang sekarang tak ada masa.... sedangkan masa tu emas.... kemudahan2 beginilah yg menjimatkan masa kita....

Jadi terokailah dunia penghubung yang paling mudah ada depan kita.... semua maklumat ada dalam internet.... tapi agak terhad penerokaan maya di KKLW ni.... mungkin KKLW perlu membuka semula akses kepada aplikasi-aplikasi tertentu yang ditutup selama ini, semuanya untuk kemajuan.

Mari sama-sama kita terokai dunia teknologi untuk lebih maju ke hadapan.... bayangkan kalau xde org tebas @ teroka hutan-hutan di Malaysia ni .....

Berbalik kepada VC tadi.... Faedah untuk jangka panjang amatlah berbaloi... jimat kos untuk pengangkutan, kos untuk tuntutan dan paling utama MASA.... masa untuk perjalanan sebelum ni boleh digunakan untuk laksanakan tugas di pejabat.... dan ada lebih masa untuk keluarga....

KampungKu harap kemudahan VC ni dimanfaatkan sepenuhnya selain untuk bermesyuarat sebab banyak faedah yang akan kita dapat jika kita terokai fungsinya betul-betul....

Wednesday, November 25, 2009

SALAM AIDILADHA


Unit Komunikasi Korporat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan segala hormat dan takzimnya mengucapkan Salam Aidil Adha dan Selamat Hari Raya Korban kepada seluruh Muslimin dan Muslimat, khususnya warga Kementerian.

Kami berdoa agar seluruh Muslimin dan Muslimat sentiasa dibarkati dan dirahmati ALLAH SWBT dalam setiap pekerjaan untuk Agama, Bangsa dan Tanahair.

Friday, November 20, 2009

PERLUKAH JENAMA UNTUK KEMENTERIAN???


Apa pentingnya jenama untuk perkhidmatan Kerajaan???

Contohnya Nur untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pertanian Adalah Perniagaan untuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Mungkin masing-masing mempunyai pendapat sendiri... tapi pendapat yang ada menyatakan ia dah tentu dengan tujuan untuk mendapatkan perhatian orang ramai tentang peranan yang dijalankan oleh Kementerian untuk rakyat.... macamana tu?...

Dengan cara memperkenalkan satu jenama yang menjadi sebutan orang ramai.... cara ni sedikit sebanyak mendorong orang ramai ingin mengetahui lebih lanjut dengan soalan 'apa benda tu?' atau "amende?" Hah.... masa itulah kita membuka mulut bercerita lebih panjang lebar tentang Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.... inilah peranan yang wajar dimainkan oleh semua pihak yang berada di bawah naungan Kementerian ini....

Jenama ini perlu dipromosikan dengan sehebat-hebatnya supaya setiap deria manusia dapat menerima maklumat yang sama dengan kekerapan yang tinggi.... misalnya sering dilihat di iklan TV, billboard di jalan raya, sering mendengar menerusi radio, sertai program-program penjenamaan berkenaan..... hidupkan semula semangat ingin majukan diri sendiri orang-orang kampung demi untuk memajukan juga satu komuniti....

Selama ini Kementerian kita bukan duduk bersahaja goyang kaki.... masyarakat tidak begitu nampak apa yang kita buat kerana kementerian sering mahukan low profile dan biarkan agensi tertentu yang dijulang....

Hakikatnya.... orang-orang kampung yang ada di bandar sekarang ni masih duduk di kampung lagi lah jika tidak dapat pembangunan kampung yang kerajaan berikan sejak 50 tahun dahulu.... Jadi siapa manfaatkan pembangunan yang diberikan maka dia akan dapat hasilnya..... dulu takde elektrik sekarang dah ada, dulu takde jalan dalam kampung sekarang dah ada....

Adakah mereka tahu siapa yang rancang... siapa yang mohon... siapa yang buat kertas untuk mohon kelulusan.... siapa yang luluskan.... siapa pula yang laksanakan.... semuanya untuk mereka gunakan.....

Jadi sokonglah setiap idea program yang diberikan.... dan "pukul kompang" untuk bagitau orang ramai bahawa Kementerian kami dah lakukan ini dan itu.... tapi setiap pelaksanaan tentu ada halangan.... halangan tu boleh dibuang jika semua orang benar-benar fokus untuk manfaat rakyat.... tapi jika halangan tu untuk diri sendiri itu yang menjadi kelewatan....

Sebenarnya tanpa kita sedar Kementerian sudah lama membantu negara.... menggerakkan jentera ekonomi negara menerusi perkhidmatan promosi oleh syarikat swasta yang kebanyakkan datang dari kampung.... ish ish ish jauh nya berfikir.... kita bantu juga kurang jurang kemiskinan.... dah berpuluh malahan ratusan buah rumah Kementerian sudah bina, ratusan kilometer batang jalan sudah Kementerian buat, salurkan elektrik dan air ke ratusan keluarga untuk memberi harapan baru dan pelbagai...

Harap setiap apa yang kita lakukan objektifnya adalah didahulukan untuk rakyat... Kementerian hanya sebagai pemangkin kepada pencapaian yang diutamakan.... jadi sokonglah apa yang kita nak buat dan pastikan dengan sokongan itu matlamat kita tercapai....

Pendapat anda amatlah dialu-alukan.